BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, January 3, 2012

SIAPA mat rempit?

Mat rempit ialah gelaran yang diberikan kepada penunggang motosikal yang bersikap buruk dan menunggang secara membabi-buta di jalan raya terutamanya pada waktu malam. Mereka menunggang tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri, apatah lagi pengguna jalan raya yang lain..


INILAH AKIBATNYA JIKA TAK SAYANG NYAWA PEMBERIAN ALLAH S-W-T


Gaya Mat Rempit-Padahnya merempit....-( sambungan gambar )

Thursday, December 29, 2011

pembuangan bayi yang semakin berleluasa

Assalamualaikum

Kebelakangan ini banyak kes pembuangan bayi terjadi di negara kita. Apakah faktor yang menyebabkan terjadinya kes ini. Adakah faktor kurangannya didikan ilmu agama atau kurang mendapat didikan ibu bapa itu sendiri?? kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak sedangkan masalah ini timbul kerana berpunca atas salah diri kita sendiri. tepuk dada tanyalah hati. Salah satu faktor untuk mengelakkan daripada kejadian pembuangan bayi adalah elakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.




kejadian yang pernah jadi di megara kita ::

1)

2)
 

3)

4)

kalau di ikutkan, banyak lagi contoh kes yang ada di Malaysia ini. jadi sebagai manusia, kita mesti beringat-ingatlah agar kejadian sebegini tidak terjadi kepada diri kita. :)

Sunday, November 20, 2011

latar belakang

kami menubuhkan blog ini bukan semata-mata untuk meraih pengikut atau sebarang keuntungan tetapi sebagai titik tolak untuk merapatkan lagi hubungan antara kami..Di dalam blog ini, follower kami bebas memberikan sebarang pendapat mereka atau meluahkan apa jua masalah yang sering membendung jiwa mereka terutamanya golongan remaja.Acapkali kita dengar di corong2 radio tentang isu PEMBUANGAN BAYI, SEKS LUAR NIKAH, REMPIT, ROMPAKAN, KECURIAN MOTORSIKAL, GEJALA DADAH dan sebagainya. Hal ini sebenarnya memberi impak yang amat besar ke atas generasi pewaris pimpinan Malaysia. Justeru, sama-samalah kita membanteras gejala-gejala sosial ini sekaligus melahirkan generasi pemimpin yang berwibawa untuk kepimpinan Malaysia pada masa akan datang


                                                                                                                                        ~admin~